Sampaikan Mesej Lebih Baik, Gunakan Persidangan Video!

Jun 23, 2014
Sampaikan Mesej Lebih Baik, Gunakan Persidangan Video!

Menurut satu kajian dalam bidang komunikasi, walaupun manusia mampu berkomunikasi secara lisan dengan berkesan, tiga perempat daripada mesej disampaikan melalui isyarat bukan lisan. Jadi, jika sebahagian besar daripada apa yang disampaikan hilang apabila anda bergantung pada mod audio atau bertulis, apakah yang boleh anda lakukan untuk merapatkan jurang komunikasi? Jawapannya: gunakan Persidangan Video.

Dengan menggabungkan teknologi audio dan video, persidangan video memberikan kejelasan perbualan audio dan kehadiran fizikal yang dikaitkan dengan mesyuarat bersemuka.

Selain itu, persidangan video bukan sahaja telah mengurangkan keperluan untuk mengembara berbatu-batu jauhnya untuk bertemu secara peribadi bagi pelbagai agenda perniagaan, malah ia juga telah merevolusikan penyampaian maklumat secara visual antara para peserta. Ringkasnya, pengalaman terbaik dalam berkongsi fikiran boleh berlaku melalui persidangan video pada sebahagian kecil kosnya!

Jika anda sedang mempertimbangkan penggunaan persidangan video tetapi tidak tahu cara dan bila anda patut menggunakannya, berikut ialah beberapa perkara untuk diingati:

GUNAKAN PERSIDANGAN VIDEO…

  • Apabila maklumat bukan lisan atau visual amat penting dalam sesuatu perbualan;
  • Apabila dalam masa yang singkat, anda perlu mengadakan mesyuarat dengan orang di lokasi atau bahagian dunia yang berbeza;
  • Apabila anda mahu menjimatkan masa dan kos perjalanan;
  • Apabila menjadualkan penceramah jemputan atau pakar rujuk di lokasi berbeza untuk pasukan tempatan anda.

Di CEO SUITE, kami tahu bahawa eksekutif yang sentiasa bergerak sering memerlukan infrastruktur yang sedia ada untuk menghimpunkan rakan kongsi, jadi kami telah menemui cara praktikal untuk menyatukan mereka melalui persidangan video. Setiap lokasi kami mempunyai beberapa bilik dan pakej untuk membolehkan mesyuarat maya dengan mana-mana bahagian dunia pada julat harga yang berpatutan. Kemudahan persidangan video kami hadir dengan keselesaan pejabat anda sendiri bersama kakitangan sokongan khusus, serta perkhidmatan minuman dan katering sebagai pilihan.

Lawati www.ceosuite.com sekarang untuk maklumat lanjut tentang pakej persidangan video kami.