26 Ogos 2015 – CEO SUITE telah melancarkan pusat ke-16nya yang terletak di Shanghai World Financial Center (SWFC) yang berprestij. Bangunan pejabat utama ini terletak di Daerah Pudong, hab kewangan utama Shanghai.
CEO SUITE menempatkan pangkalannya di tingkat 28 Shanghai World Financial Center, dan menawarkan rangkaian perkhidmatan perniagaannya yang biasa seperti:
- Ruang pejabat kerja bersama
- Ruang pejabat berservis segera yang lengkap berperabot
- Perkhidmatan terjemahan untuk perniagaan antarabangsa
- Perkhidmatan profesional seperti sokongan HR, Perakaunan, IT dan Penyelidikan Pasaran
Pejabat CEO SUITE juga direka dengan mengambil kira Feng Shui, dan oleh itu menggabungkan elemen api, tanah, logam, air dan kayu dalam setiap unit. Selain pelbagai perkhidmatan CEO SUITE kepada pelanggan, bangunan pencakar langit ini juga merupakan lokasi utama untuk keperluan lain ahli perniagaan dari seluruh dunia. Digelar sebagai “bandar di dalam bandar,” SWFC mempunyai pilihan restoran, spa, pusat beli-belah, hotel lima bintang dan tempat hiburan tersendiri, yang menjadikannya destinasi sehenti yang sempurna untuk semua orang.
Shanghai World Financial Center juga menerima anugerah daripada Council on Tall Buildings and Urban Habitat, dan telah diundi sebagai bangunan pencakar langit terbaik 2008 oleh para arkitek. Daripada struktur dan lokasinya hinggalah integriti penghuni di dalam bangunan, SWFC ialah salah satu lokasi pejabat yang paling diidamkan di Shanghai.
CEO SUITE dengan bangganya terletak di Level 28, Shanghai World Financial Center, No. 100 Century Ave., Pudong New Area, Shanghai.













