Mengembangkan Perniagaan Anda di Asia bersama Pejabat CEO SUITE

Apr 22, 2016
Mengembangkan Perniagaan Anda di Asia bersama Pejabat CEO SUITE

 

MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA DI ASIA BERSAMA PEJABAT CEO SUITE

IReportCNN.com pada 24 September 2015 telah menerbitkan artikel bertajuk “Why You Should Expand Your Business in Asia Today” dan menyebut empat sebab utama mengapa anda harus mengembangkan perniagaan anda di Asia:

1. Persekitaran yang pesat membangun

2. Pasaran yang belum diterokai dengan populasi yang sangat besar

3. Suasana kerja yang mudah disesuaikan

4. Infrastruktur yang maju

Mengembangkan perniagaan anda di Asia akan menjadi mudah jika anda bekerjasama dengan pakar dalam industri penyelesaian pejabat seperti CEO SUITE – satu-satunya penyedia pejabat berservis sehenti yang dikendalikan oleh pakar industri pelbagai budaya di Asia. CEO SUITE menyumbangkan lebih daripada 200 tahun gabungan pengalaman industri untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi setiap perniagaan. Penyelesaian perkhidmatan perniagaan kami yang disesuaikan boleh membantu menubuhkan perniagaan anda dengan cepat di Asia.

CEO SUITE mempunyai rangkaian 18 pusat perniagaan berprestij di 9 lokasi Daerah Pusat Perniagaan utama di 8 negara di Asia. Ia menawarkan suite pejabat eksekutif bertaraf dunia yang direka dengan elegan, bilik mesyuarat yang lengkap dengan pemandangan bandar yang menakjubkan, kawasan penyambut tetamu bertaraf ‘hotel lima bintang’, lounge perniagaan VIP, kawasan perkhidmatan untuk percetakan, pengimbasan dan fotokopi dokumen; kafe perniagaan dengan kemudahan pantri; serta akses Internet WIFI jalur lebar tinggi dan sistem telefon moden. Selain itu, CEO SUITE menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan untuk perniagaan dari setiap saiz – daripada keperluan penubuhan perniagaan, Pejabat Maya (penggunaan alamat perniagaan profesional untuk pendaftaran syarikat dan penjenamaan); perkhidmatan penyambut tetamu dan kesetiausahaan; perkhidmatan perakaunan dan kewangan; perkhidmatan HR dan pengambilan pekerja; perkhidmatan sokongan I.T.; hinggalah sokongan pengembangan perniagaan.

Beritahu kami bagaimana kami boleh membantu anda. Layari laman web kami di www.ceosuite.com.