CEO SUITE telah berjaya menganjurkan acara istimewa untuk pemerkasaan wanita berkerjaya di Shanghai, China bertajuk, “Wanderwomen Society – Episode I,” pada 21 September 2016 yang lalu di CEO SUITE Shanghai World Financial Center di Pudong, Shanghai. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama TOLMAO dan Digital Bootcamp Asia.

Penceramah utama semasa acara tersebut termasuk VIP seperti Cik Veronica Feng, Pengarah Pemasaran bagi Asia Pasifik di Air Liquide; Cik 朱恬乐 Clover, Miss Earth China; dan Encik Michael Rosenthal, Pengarah Kebangsaan Miss Earth China dan Presiden US Green Solutions. (K-K: seperti dalam foto di bawah)


Acara ini dihadiri oleh eksekutif wanita terkemuka di Shanghai seperti Jie Gao, Pengasas Vivajie Creative; Emmy Teo, CEO Fashory; Stephany Zoo, Ketua Pemasaran China di SAP Anywhere; Stella, Pemilik/Rakan Kongsi di Salotto G Restaurant dan CEO di L.I.T. Fashion Company; dan Jina Shin, Pembangun Perniagaan Antarabangsa di Tolmao Group.

Acara yang menjadi forum bagi eksekutif wanita terkemuka untuk membincangkan cabaran dan peluang semasa ini telah diadakan di pusat perniagaan mewah CEO SUITE yang terletak di tingkat 28 Shanghai World Financial Center (SWFC), mercu tanda perniagaan utama di Pudong, Shanghai. Menjulang setinggi 101 tingkat, SWFC direka dengan visi khusus – untuk menjadi sebuah bandar di dalam bandar. Menara ini mempunyai dek pemerhatian yang menakjubkan, hotel dan spa lima bintang, pusat media dan pusat beli-belah.
CEO SUITE mempunyai dua lagi pusat perniagaan premium di Shanghai iaitu Bank of Shanghai di Pudong dan Hong Kong New World Tower di Puxi, Shanghai; serta satu di Beijing di LG Twin Towers yang ikonik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pusat perniagaan berprestij CEO SUITE di Shanghai, China, sila layari: http://www.ceosuite.com/serviced-offices/shanghai/.













