1. Sertai permainan media sosial.
Tidak kira sama ada perniagaan anda sangat korporat atau sangat santai. Media sosial kini telah menjadi sebahagian besar daripada rutin harian orang ramai- menyemak dan membuka akaun Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat mereka dari semasa ke semasa tanpa berfikir panjang. Dengan dilaporkan lebih 1.71 bilion pengguna aktif bulanan di Facebook sahaja, jelas dan tidak perlu difikirkan lagi bahawa setiap perniagaan harus melabur dan mempertimbangkan untuk menggunakan platform ini bagi mencapai khalayak mereka.
2. Blog!
Jika anda sudah terfikir untuk turut serta dalam arus penulisan blog, sekarang adalah masa yang sesuai. Menulis blog memberikan banyak manfaat seperti meningkatkan SEO (Pengoptimuman Enjin Carian) laman web anda, atau menerangkan siapa anda sebenarnya dan apa yang benar-benar anda tawarkan. Tidak perlu dikatakan lagi, ia juga banyak membantu penjenamaan anda.
3. Keluar ke tempat terbuka
Masalah dengan begitu banyak perniagaan hari ini ialah betapa mereka telah menerima dunia digital sepenuhnya. Masih berbaloi untuk keluar dan menikmati hidup sedikit! Banyak perniagaan begitu leka dengan kejayaan kehadiran dalam talian mereka sehingga mereka terlupa untuk turut melabur dan memperuntukkan masa untuk hadir secara fizikal bagi banyak pasaran lain, atau bakal pelanggan. Masih banyak hubungan perniagaan yang terjalin melalui pertemuan bersemuka. Bertemu orang secara peribadi masih penting untuk membuatkan orang lebih memahami dan lebih berminat terhadap perniagaan anda.
4. Anjurkan acara!
Rebut peluang yang ada di depan pintu anda! Jadikannya kenyataan dengan menganjurkan acara rangkaian, atau parti sosial yang meriah sambil menyebarkan maklumat tentang perniagaan anda. Memberikan mereka pengalaman atau maklumat secara langsung masih merupakan salah satu cara terbaik untuk memenangi projek!
5. Sentiasa peka dan ikuti perkembangan terkini!
Trend sosial cenderung berubah sepanjang masa. Tidak lama dahulu, Facebook merupakan satu-satunya platform yang diperkatakan oleh semua orang. Kini, terdapat platform khusus untuk setiap jenis orang, ada LinkedIn untuk golongan profesional. Kini Snapchat pula menjadi fenomena seterusnya. Kita tidak akan tahu bila keadaan akan berubah lagi, tetapi adalah lebih baik untuk sentiasa peka sepanjang masa. Ia akan membantu anda mengenal pasti saluran yang paling banyak digunakan oleh pelanggan anda dan dengan itu, anda akan tahu di mana untuk menumpukan dan melaburkan usaha anda!
16 Jan 2017













