Sudah 2 dekad berlalu sejak krisis kewangan menggemparkan asas perniagaan Asia- masa ketika CEO SUITE bermula dengan hanya satu pusat perniagaan pada tahun 1997, dan sejak itu telah berkembang dan dianggap sebagai peneraju industri serta pilihan pertama untuk tempat kerja global dengan Pusat Perniagaan Premium di seluruh Asia, yang memenuhi keperluan pelbagai industri.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, CEO SUITE telah mendedikasikan kehidupan dan kewujudannya kepada layanan yang tiada tandingan- di mana pengurusan secara langsung memberi tumpuan utama kepada keperluan dan perincian pelanggan. Syarikat ini percaya bahawa untuk kekal yang terbaik dalam industri dan terus berkembang dengan lebih pesat, kepuasan pelanggan adalah keutamaan tertinggi.
Kini dengan lebih 20 tahun perkhidmatan, CEO SUITE terus memastikan kepuasan pelanggan melalui penyediaan nilai dalam pengalaman perkhidmatan, menawarkan lokasi perniagaan terbaik, melabur dan menyediakan kemudahan serta teknologi yang mewah dan terkini, dan menyampaikan kualiti penjagaan dan kebolehpercayaan tertinggi melalui pasukan CEO SUITE di semua Pusat Perniagaan Premium di Asia. Ratusan syarikat multinasional terkemuka telah menyaksikan dan merasai keistimewaan CEO SUITE.
Memenuhi visinya untuk menjadi pilihan pertama bagi penyelesaian tempat kerja global, dan misinya untuk menjadi pemangkin kecemerlangan bagi pelanggan, pasukan mereka dan masyarakat, CEO SUITE amat menghargai nilai-nilai syarikat dalam setiap tugas untuk setiap pelanggan: Rasa Mendesak, Keprihatinan, Keterbukaan, Rasa Pemilikan, Kepercayaan dan Kerja Berpasukan.
Kini dengan asas dan jangkauan rangkaian yang lebih besar, CEO SUITE menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk semua keperluan pelanggan- sama ada pejabat berservis, pejabat segera, Pejabat Maya, bilik mesyuarat/bilik lembaga, dan perkhidmatan profesional untuk perniagaan mereka, CEO SUITE menyediakannya. Kepelbagaian dan fleksibiliti tawaran CEO SUITE merangkumi ruang pejabat yang sesuai untuk seorang, atau pejabat yang lebih besar yang sesuai untuk keperluan 50 pekerja bekerja di dalamnya. Pejabat Berservis Premium CEO SUITE menawarkan susun atur daripada suite pengurusan persendirian, hinggalah susun atur pelan ruang terbuka dan susunan yang disesuaikan untuk pendekatan yang lebih kos efektif yang sesuai untuk perniagaan yang sedang meningkat naik dan baharu.
Bukan sahaja membolehkan perniagaan berskala besar berkembang, malah juga menyediakan peluang yang lebih baik untuk syarikat berskala kecil dan baharu cemerlang, pejabat berperabot CEO SUITE ditawarkan dalam pilihan yang boleh disesuaikan- boleh disewa secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan- mengikut apa yang paling sesuai untuk mana-mana perniagaan.
Bagi ahli perniagaan yang mempunyai citarasa yang canggih dan hanya menyasarkan kesempurnaan, CEO SUITE ialah penyelesaian yang sempurna. Rasai kecemerlangan perkhidmatan CEO SUITE, buat pertanyaan sekarang di www.ceosuite.com.
11 Jan 2017













