Kepentingan Terbaik China Tidak Termasuk Terlalu Taksub dengan KDNK

Jan 20, 2017

 

Kepimpinan China sentiasa melihat angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebagai penunjuk paling penting tentang keupayaan mereka untuk mentadbir; oleh itu seluruh jentera mereka melakukan apa sahaja yang mampu, dari segi dasar, untuk memastikan kadar pertumbuhan yang boleh diterima dari segi politik dicapai.

Dengan kelembapan yang berterusan, kerajaan terpaksa menyesuaikan sasarannya kepada matlamat yang maksimum tetapi boleh dicapai. Antara 2010 dan 2015, ekonomi kedua terbesar di dunia itu menyaksikan kelembapan yang berterusan, dengan kadar pertumbuhan peratusan tahunan masing-masing sebanyak 10.5, 9.5, 7.9, 7.8, 7.3 dan 6.9. Purata kadar pertumbuhan KDNK tahunan antara 1989 dan 2009 adalah sekitar 10 peratus.

Tahun lepas, kerajaan menetapkan julat 6.5 peratus hingga 7 peratus sebagai sasaran pertumbuhan, yang terendah dalam beberapa dekad. Seperti yang dijangka, China berada di landasan untuk mencapai matlamat 2016 itu selepas tiga suku tahun berturut-turut berkembang sebanyak 6.7 peratus.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan sedemikian dicapai dengan dasar fiskal yang meluas, perbelanjaan kerajaan yang lebih tinggi, lonjakan pasaran perumahan, keadaan monetari yang sangat longgar dan pinjaman bank yang mencatat rekod, yang turut membawa kepada peningkatan hutang yang mendadak.

Rujukan: www.scmp.com

20 Jan 2017