CEO SUITE, Penyelesaian Pejabat yang Kos Efektif!

Apr 26, 2013

Mahu menjimatkan kos sewa pejabat?

Benar-benar mahu menjimatkan masa mengurus kakitangan sendiri?

Memerlukan pajakan yang lebih fleksibel, seperti mingguan atau bulanan?

Bimbang tentang keselamatan pada masa ini?

 

Jika jawapan anda ya bagi mana-mana soalan di atas, kunjungilah CEO SUITE, salah satu penyedia pejabat berservis terbaik di rantau ini. Segala-galanya di CEO SUITE disesuaikan mengikut keperluan anda. Terletak di bangunan pejabat paling selamat dan berprestij di Jakarta dengan akses segera ke pusat-pusatnya di Singapura dan Kuala Lumpur serta pusat-pusat gabungan di New York, Sydney, Shanghai dan Seoul, CEO SUITE menawarkan penyelesaian pejabat yang kos efektif dan disesuaikan dengan keperluan anda.

 

Hanya 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan menjadi tempat bertapaknya pelbagai syarikat multinasional seperti Amerada Hess, ANZ, BMC Software, ExxonMobil, Ritz Carlton dan Hewlett Packard, CEO SUITE bukan sahaja menawarkan pejabat segera yang lengkap berperabot dengan kemasan moden, malah dilengkapi telekomunikasi canggih, peranti IT dan peralatan pejabat, seperti pencetak dan pengimbas laser berwarna, mesin fotostat pelbagai fungsi berkelajuan tinggi, PABX termaju, mel suara dan sistem pemesejan bersatu, Internet jalur lebar, CCTV 24 jam dan sistem akses elektronik, ISDN, LAN serta persidangan video. Sistem keselamatan canggih beroperasi 24 jam sehari, malah pencahayaan dalaman dan muzik latar turut dipilih dengan teliti di pejabat ultramoden ini. Kesemuanya bertujuan untuk mendorong produktiviti dan kejayaan.

 

Antara senarai panjang perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan sehenti bertaraf lima bintang ini ialah penubuhan syarikat, khidmat nasihat cukai, perakaunan, urusan perjalanan, pengambilan pekerja, reka bentuk dalaman, pengurusan projek, pemindahan, reka bentuk grafik dan percetakan.

 

CEO SUITE turut menawarkan satu lagi kelebihan: fleksibiliti dari segi saiz dan kadar pejabat, daripada pejabat untuk seorang hinggalah pejabat yang lebih luas untuk 20 orang, serta pilihan sewaan mengikut jam, harian, bulanan atau tahunan. Saiz pejabat boleh dikecilkan atau diperbesar dengan mudah bergantung pada keperluan perniagaan.

 

Anda boleh menjalankan perniagaan anda walaupun tidak berada secara fizikal di Jakarta. CEO SUITE boleh menerima semua mel anda bagi pihak anda dan memajukannya ke mana sahaja anda berada. Panggilan masuk anda akan dijawab atas nama syarikat anda dan boleh dimajukan serta-merta ke mana sahaja anda berada di dunia dengan menggunakan perisian telekomunikasi termaju mereka. Sebagai alternatif, mereka akan menyampaikan mesej melalui SMS, e-mel atau mel suara.

 

Satu lagi program yang penuh perhatian ialah majlis koktel berkala CEO SUITE di mana anda boleh meluaskan rangkaian anda.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang CEO SUITE, di mana dalam masa beberapa minit anda boleh menubuhkan pejabat sendiri dengan cekap pada harga yang sangat berpatutan, dan di mana kepuasan anda amat penting bagi pihak pengurusannya yang serba boleh dan terlibat secara langsung? Layari laman web mereka di www.ceosuite.com.