Mod Cuti Masih Berterusan dengan Tanda-Tanda Ini di Tempat Kerja Anda

Jun 22, 2016

Memang seronok untuk menikmati hujung minggu yang panjang, atau mungkin beberapa hari cuti lagi, sehinggalah ia berakhir. Terdapat ramai orang di dunia ini yang muram untuk kembali kepada rutin kerja. Walaupun ada yang sangat bersemangat dan menantikan untuk kembali bekerja, mereka yang menikmati percutian yang benar-benar hebat mungkin masih membaca ini dan tertanya-tanya bagaimana untuk melalui hari pertama kembali bekerja semula. Hakikatnya, kebanyakan kita tidak mahu hujung minggu atau cuti berakhir, kalaulah kita semua mampu berbuat demikian!

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengatasi rasa malas untuk kembali bekerja ialah penerimaan. Ya, penerimaan bahawa kita semua mesti kembali kepada realiti dan kerja.

  1. Anda masih dalam mod penafian bahawa hujung minggu sudah berakhir. Fikiran anda masih melayang di awan biru, dan anda bekerja dengan begitu P-E-R-L-A-H-A-N.

 

  1. Anda mula membuka e-mel yang belum dibaca yang bertimbun, yang tiba-tiba membuatkan anda teringat akan semua kerja, tugasan dan tarikh akhir yang tertangguh, dan anda cuma mahu mencabut plag komputer anda.

 

  1. Anda tidak dapat menahan diri daripada memandang jam sepanjang masa dan kemudian menyedari bahawa hari ini baru hari Isnin dan anda masih ada empat hari lagi untuk melalui semua ini.

 

  1. Anda cuma mahu pulang awal, lebih teruk lagi, memohon cuti sakit.

 

  1. Anda asyik melihat gambar-gambar yang anda ambil semasa cuti/ hujung minggu panjang yang lalu yang membuatkan anda begitu sedih untuk kembali bekerja, hanya untuk mendapati anda ada makan tengah hari sambil bekerja hari ini!!

 



 

 

Angkat kepala, tinggi-tinggi. Kita semua menghadapinya bersama!