Skim pembayaran balik baharu yang bertujuan membantu pelanggan yang terlebih berhutang membayar balik pinjaman tidak bercagar daripada kemudahan seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf akan dilancarkan pada hari Isnin depan (23 Jan).
Di bawah skim baharu ini, pelanggan boleh menyatukan semua baki kredit tidak bercagarnya di 14 bank dengan hanya satu institusi.
Ini bermakna bank yang mentadbir DCP akan “membeli” baki tertunggak, yuran dan caj faedah pelanggan daripada akaun sedia adanya dengan bank lain. Akaun tersebut kemudiannya akan digantung atau ditutup.
Skim ini akan menawarkan peminjam cara pembayaran yang mudah untuk keperluan kewangan harian dan merangkumi kredit tidak bercagar bersamaan pendapatan sebulan.
Skim pembayaran balik baharu ini menyusuli Repayment Assistance Scheme (RAS) yang tamat pada Disember 2015. RAS hanya menawarkan kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh pembayaran balik lapan tahun untuk jumlah yang melebihi 12 kali ganda pendapatan peminjam, manakala DCP akan merangkumi semua baki kredit tidak bercagar peminjam.
Kira-kira 11,000 permohonan untuk RAS telah diterima, dengan 6,000 daripadanya diluluskan menjelang skim itu ditutup.
Rujukan: www.channelnewsasia.com
23 Jan 2017













