Mengapa Pelaburan Asing Mencurah-curah ke Vietnam

Nov 03, 2016

 

Sejak dua tahun lalu, Vietnam telah membuktikan potensinya sebagai salah satu negara paling menguntungkan di Asia Tenggara untuk menjalankan perniagaan dengan pertumbuhan KDNK yang stabil dan pertumbuhan pelaburan langsung asing berjumlah hampir US$2.5 bilion dalam 9 bulan pertama 2016.

Walaupun berlaku kemerosotan dalam sektor pertanian, Vietnam telah muncul di hadapan dalam sektor pembuatan dengan perniagaan asing berpusu-pusu ke zon perindustrian Hanoi untuk kilang mereka, dan syarikat IT menubuhkan kehadiran mereka di seluruh negara sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Menurut laporan British Business Group Vietnam (BBGV) pada 26 September 2016, “Walaupun pertumbuhan KDNK bagi tahun ini sedikit di bawah bajet untuk 2016, Vietnam masih mendahului negara-negara teratas di Asia Tenggara dari segi pertumbuhan KDNK, dan mengatasi Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura (biasanya dirujuk sebagai ASEAN 6). Walaupun harga minyak yang lebih rendah dan pengeluaran pertanian yang merosot akibat perubahan keadaan iklim telah melembapkan pertumbuhan, pengeluaran pembuatan telah berkembang dengan kukuh dan keyakinan kekal kuat disokong oleh peningkatan pelaburan langsung asing.”

BBGV juga telah menunjukkan faktor kejayaan lain termasuk peningkatan ketara dalam pelaburan langsung asing pada 2016 berbanding 2015 sebanyak US$ 15 bilion setakat September; peningkatan eksport sebanyak 10% berbanding 2015; dan lebihan dagangan sebanyak US$ 2.5 bilion berbanding defisit sebanyak US$ 3.7 bilion dalam 8 bulan pertama tahun ini. Ia juga diunjurkan bahawa pertumbuhan eksport akan berterusan pada 2017 kerana jangkaan pelaburan masuk hasil daripada AEC dan FTA EU Vietnam yang akan dilaksanakan pada Januari 2018, serta kelulusan perjanjian TPP yang masih belum diputuskan selepas pilihan raya tempatan.

Malah rizab pertukaran asing juga tinggi dengan US$ 40 bilion yang memastikan tahap keselamatan import, di samping lebihan dagangan membantu mengukuhkan dan menstabilkan kadar pertukaran VND/US$. Tambahan pula, Vietnam telah dinamakan sebagai salah satu daripada 20 Lokasi Pembuatan Teratas Dunia dalam Deloitte’s 2016 Global Manufacturing Competitive Index.

Perniagaan global telah beralih ke Vietnam terutamanya disebabkan oleh perkara berikut:

• Kos Pembuatan yang Rendah
• Perjanjian Perdagangan Asing Baharu Ditandatangani
• 100% Pemilikan Asing ke atas Perniagaan Kini Dibenarkan

VN Express International melaporkan pada 22 Ogos bahawa kos pembuatan yang rendah di Vietnam yang menarik syarikat asing untuk berpindah ke Vietnam. Malah dalam laporan daripada United Nations Conference on Trade and Development, ia jelas menunjukkan bahawa pelabur global masih memandang kepada “negara Asia yang sedang pesat membangun” untuk perniagaan dengan US $541 bilion pelaburan asing dijana untuk Asia pada 2015.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, syarikat global telah beralih dari China ke Vietnam disebabkan kos buruh yang tinggi dan kebimbangan geopolitik di hab perniagaan terdahulu itu.

Halangan untuk memasuki komuniti perniagaan Vietnam telah dikurangkan oleh syarikat global melalui penggabungan dan pengambilalihan, seperti yang terbukti daripada peningkatan pemegang saham asing dalam lebih 1,700 syarikat tempatan dari 2015 hingga 2016. Ini juga telah dimungkinkan melalui Perjanjian Perdagangan Asing baharu yang telah ditandatangani oleh kerajaan Vietnam dengan negara lain, di samping penarikan balik had 49% pemilikan perniagaan asing di negara itu dan membenarkan mereka memiliki pegangan 100% walaupun bagi syarikat tersenarai dalam pelbagai sektor: pengguna, hartanah, pengangkutan, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan kewangan dan pertanian.

Vietnam telah bersedia dengan sangat baik untuk kemasukan pelabur perniagaan asing dengan jalan raya awam dan infrastruktur pejabat yang moden termasuk penyelesaian pejabat segera seperti pejabat berservis premium yang ditawarkan oleh syarikat profesional seperti CEO SUITE yang mempunyai kemudahan lengkap dan sedia digunakan seperti Pejabat Persendirian, bilik mesyuarat, ruang rehat perniagaan dengan sistem sokongan kakitangan berkualiti lima bintang di Lotte Center yang ikonik di Hanoi, ibu negara Vietnam.

Untuk bertanya tentang pejabat berservis CEO SUITE Lotte Center Hanoi dan penyelesaian perniagaan, sila hantar e-mel kepada kami di: sales@vn.ceosuite.com atau hubungi +84 4 3267 3999.

03 Nov 2016