Penyelesaian Pejabat Pantas
Sekurang-kurangnya 31% pelawat ke Singapura setiap bulan datang atas urusan perniagaan. Jika anda salah seorang daripada jumlah yang besar ini, anda mungkin mencari penyelesaian pejabat jangka pendek sepanjang tempoh penginapan anda.
Di sinilah CEO SUITE boleh membantu anda. Sama ada anda memerlukan tempat yang tenang untuk bekerja selama sejam, lokasi sementara untuk memulakan perniagaan anda atau bilik lembaga yang serba lengkap untuk mengadakan mesyuarat yang amat penting itu, CEO SUITE mempunyai pakej yang memuaskan hati semua pengembara perniagaan.
Terletak di tengah-tengah daerah perniagaan pusat di Raffles Place (hanya berjalan kaki sebentar dari Stesen MRT Raffles Place), CEO SUITE berada di lokasi yang ideal untuk memberikan alamat profesional sebagai tempat bekerja.
Setiap pejabat, yang boleh memuatkan sehingga 20 orang profesional, dilengkapi sepenuhnya dengan sokongan dalaman yang anda perlukan, manakala CEO SUITE turut menyediakan sokongan luaran dalam bentuk perkhidmatan kesetiausahaan, talian telefon khusus, PABX dan mel suara, peralatan mencetak, mengimbas dan memfotostat, akses Internet jalur lebar, persidangan video dan banyak lagi. Pada dasarnya, CEO SUITE akan menjadi pejabat anda di perantauan.
Selain kemudahan perniagaan bertaraf tinggi, kesejahteraan peribadi anda tidak akan terjejas kerana ruang rehat yang menenangkan disediakan, bersama pantri yang dibekalkan minuman panas dan sejuk, dan sudah tentu, kopi berjenama. Untuk sedikit privasi, terutamanya jika anda merasai kesan jet lag, singgahlah ke salah satu bilik ‘Zen’ untuk menikmati tidur sejenak yang tenang.
CEO SUITE menawarkan pelbagai pakej pejabat, jadi saya pasti anda akan dapat mencari pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Pajakan jangka pendek tersedia untuk tempoh minimum tiga bulan, tetapi anda juga boleh menyewa pejabat atau bilik lembaga untuk sehari, setengah hari atau hanya sejam! Bekerja sambil melancong tidak pernah semudah ini!













