Hubungan Perniagaan Vietnam dan Korea Semakin Erat dengan Pelancaran CEO SUITE Hanoi Lotte Center

May 13, 2016
Hubungan Perniagaan Vietnam dan Korea Semakin Erat dengan Pelancaran CEO SUITE Hanoi Lotte Center

Dengan termeterainya Perjanjian Perdagangan Bebas Vietnam-Korea Selatan pada Mac lalu, pelabur perniagaan Korea mula berpusu-pusu memasuki pasaran Vietnam sambil menikmati potongan tarif import dan sokongan kukuh daripada Dewan Perniagaan Korea.

 

Usahawan terkemuka Korea dan Presiden penyedia pejabat berservis terbaik, CEO SUITE, Cik Mee Kim, ialah salah seorang daripada mereka. Sama seperti pemilik syarikat Korea Selatan yang lain, pakar perniagaan pejabat berservis, Cik Kim, telah melihat potensi Vietnam sebagai hab perniagaan, dengan mengembangkan rangkaian CEO SUITE ke Hanoi.

 

Mulai 1 Jun 2016, CEO SUITE Hanoi Lotte Center akan membuka pintunya di tingkat 29 Menara Timur Lotte Center yang menakjubkan kepada perniagaan di Hanoi – daripada usahawan, syarikat kecil dan sederhana, hinggalah syarikat multinasional.

 

CEO SUITE menawarkan suite pejabat eksekutif bertaraf dunia dengan reka bentuk elegan untuk pajakan jangka pendek atau jangka panjang, bilik mesyuarat lengkap dengan pemandangan bandar yang menakjubkan, kawasan penyambut tetamu bertaraf “hotel lima bintang”, ruang rehat perniagaan VIP, kawasan perkhidmatan untuk mencetak, mengimbas dan memfotokopi dokumen; kafe perniagaan dengan kemudahan pantri; serta akses Internet WIFI jalur lebar tinggi dan sistem telefon moden.

 

Sebagai penyedia penyelesaian pejabat sehenti, CEO SUITE menawarkan perkhidmatan yang disesuaikan untuk perniagaan setiap saiz – termasuk keperluan penubuhan perniagaan, pejabat maya (penggunaan alamat perniagaan profesional untuk pendaftaran syarikat dan penjenamaan); perkhidmatan penyambut tetamu dan kesetiausahaan; perkhidmatan perakaunan dan kewangan; perkhidmatan sumber manusia dan pengambilan pekerja; serta perkhidmatan sokongan I.T. Penyewaan suite pejabat eksekutif juga ditawarkan dengan terma yang fleksibel sama ada dari segi saiz, tempoh sewaan atau harga.

 

CEO SUITE Hanoi Lotte Center ialah pusat perniagaan pertama CEO SUITE di Vietnam dalam keseluruhan rangkaiannya. Lotte Center ialah mercu tanda berprestij di Hanoi, sebagai pencakar langit kedua tertinggi di Vietnam dan menempatkan hotel antarabangsa 5 bintang, Lotte Hotel. Struktur ikonik ini direka oleh dua syarikat yang memenangi anugerah: Callison Architecture yang berpangkalan di Seattle dan Benoy Architects yang berpangkalan di London.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CEO SUITE Hanoi Lotte Center, sila layari: www.ceosuite.com atau hantar e-mel kepada sales@vn.ceosuite.com.